Wednesday, October 29, 2008

HARI - HARI TERAKHIR BERGELAR MAHASISWA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..

Pertamanya maaf kerana sudah lama tidak meng"update" blog yang biasa ini...
Beberapa program yang dijalankan terlalu padat sehingga kadang-kadang nak pejam matapun terfikir takut-takut masih ada yang kurang.Beberapa program yang dijalankan sepanjang 2 minggu terakhir kuliah adalah seperti Program Jamuan Hari Raya Mahasiswa Moral, Malam Pra-Graduan, Hari Penghargaan Ahli Akademik FSSK UPSI dan Pertandingan Debat BPR. Sesungguhnya program yang dijalankan ini amat meletihkan dan memerlukan komitman yang jitu. Namun alhamdulillah kerja yang berat dapat disudahkan dengan bantuan beberapa rakan.. Terima kasih buat kalin semua..

Disebalik kesibukan persediaan program, Kampus pula hangat dengan Pilihanraya Kampus bagi sesi pemilihan majlis Perwakilan Pelajar UPSI 2008/2009. Beberapa "junior" yang pernah terlibat dengan beberapa programku turut bertanding. Aqilah,Hairi,Afiti, Rashid dan beberapa nama lain. Alhamdulillah setelah keputusan dikeluarkan ada yang terselit sebagi MPP bagi sesi akan datang.. Emmm itulah kehidupan, masing-masing dengan urusan dan misi masing-masing.. Aku seperti biasalah meneruskan kerja-kerja sang mahasiswa yang tak tahu bila hentinya. (bapa aku pernah memarahi aku kerana sempat pulang kerumah hanya 5 jam- katanya - kauni gila kuasake?, semua benda nak buat dari sekolah sampai kat universiti)..ahhh ngomelan tuh selalu aku dengar..

Thursday, October 9, 2008

MENYEPI BUKAN BERERTI TIDAK BERSUARA.


Pertamanya, aku ingin mengucapkan salam aidilfitri buat semuanya. Masih tidak terlewat rasanya ingin menghulurkan kemaafan buat semua yang mengenali diri ini. Sudah lama tidak menulis didalam blog ini lantaran sibuk dengan pelbagai perkara.

Pertama - Tugasan Tesis Tahun Terakhir


Syukur kehadrat Allah selesai sudah tesis yang dibuat. Semoga hasil penulisan ilmiah yang kubuat menurut segala kehendak yang diharapkan. Tesis setebal hampir 120 muka surat ini bertajuk - Persepsi Mahasiswa UPSI Terhadap Gejala Seks Bebas Sebelum Berkahwin. Tajuk yang agak bosan dan klise ini , diharap berjaya memperolehi markah yang baik.

Kedua - Penentuan Penempatan Lokasi Praktikum

Setelah pelbagai polemik antara pensyarah, rakan-rakan dan unit latihan mengajar, akhirnya selesai sudah segala kegusaran dan kebuntuan. Muktamad SMK Wangsa Maju Syeksyen 2 aku ditempatkan bagi menggantikan SMK King George V Seramban.

Ketiga - Program Amal Ramadhan-Ziarah Mahabbah Ramadhan Diberkati


Bertindak selaku Pengarah Program, sudah tentu kesibukan MENJADI nombor satu sepanjang bulan September. Alhamdulillah Program Amal ini dapat disempurnakan dengan cemerlang. Program amal terakhir dalam tempoh pengajianku di UPSI ini merupakan program amal dalam bulan ramadhan anjuran Sekretariat Pencegahan Rasuah UPSI (SPR). Setelah tidak memegang sebarang jawtan di UPSI, tawaran dari Presiden SPR UPSI, Abg Wan EX YDP MPP untuk menganjurkan satu program amal, sudah tentu tidak akan disia-siakan, apatah lagi program amal ini mendapat "budget" ribu-ribuan. Alhamdulillah semoga projek amal ini mendapat keredhaan dan keberkatan Allah..InsyaAllah.

Keempat - Aidilfitri Hari Lebaran.






Rasanya semua juga masih merasakan kemeriahan aidilfitri. Kuliah pada hari raya keenam, memang memeritkan. Hari Raya kelima sudah bertolak pulang meninggalkan keluarga di kampung. Hari raya yang cukup meriah disambut secara sederhana namun penuh kesyukuran bak tema sambutan aidilfitri TV3. Hari Raya pertama solat sunat aidilfitri, mengunjungi pusara bonda, bermaaf-maafan bersama keluarga, mengunjungi sanak sauadara. Hari Raya Kedua pula mengunjungi sahabat handai semenjak dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah, Hari Raya ketiga mengunjungi kampung halaman lama, membakar lemang dan beramah bersama sanak saudara, Hari Raya kelima diteruskan dengan kunjungan rumah sahabat handai dan hari raya kelima pulang ke kampus meneruskan tempoh kuliah yang hanya berbaki 3 minggu sahaja.

Kini - Sepanjang Oktober



Setelah selesai program amal terakhir lalu (ziarah mahabbah) satu lagi program yang turut meletakkan aku sebagai terajunya iaitu Pertandingan Debat BPR Inter Fakulti.Tunggu sahaja kesudahannya. Disini aku isytiharkan bahawa program ini merupakan program arahan terakhirku sepanjang tempoh pengajian di UPSI. Untuk rekod, sebanyak 17 Program telah aku terajui dan program paling besar dan menjadi ingatan sudah tentulah Gegar U Warna-Warna Malaysiaku UPSI. Kepada semua khasnya rakan pendebat, doakan program ini berjalan dengan jayanya.


Dalam kesibukan menguruskan Debat BPR, pada 17&18, Program Malam Pra Graduan Program Pendidikan Moral berlangsung. Bertindak selaku AJK Pengangkutan, sejak awal-awal lagi telah selesai aku uruskan. Malam Pra-Graduan adalah malam gemilang terakhir bersama sahabat-sahabat sekuliah.



Akhirnya, setelah selesai kesemuanya, seperti biasa minggu ulang kaji pula menjelma dan disusuli dengan peperiksaan terakhir bagi semester ini dan juga sepanjang tempoh pengajian...
selesai sudah, praktikumlah pula..

SUDAH TENTU JALAN YANG KULALUI INI UNTUK KEKULIAH SELAMA 3 TAHUN SETENGAH TIDAK LAGI DIGUNAKAN PADA SEMSTER HADPAN.

SELAMAT TINGGAL UPSI...
SELAMAT TINGGAL MEMORI...
ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN...
BUMI ILMIAH PARA PENDIDIK MASA HADAPAN....
SAYONARA..

Tuesday, September 23, 2008

Sunday, September 21, 2008

Islam - A Non-Muslim's Observations



By: Kit Marsters


When I think of Islam, my very first thoughts are of some of the kindest people I know. I am honoured to count them amongst my friends and blessed that our paths have crossed.Sometimes I wonder if everything happens for a reason. I do strongly feel that God places people on my path through life, to walk with me for a while... some for only a brief period of time, some, I hope, will be there until the end. I know that each encounter changes, enriches and teaches me. And a couple of my travel companions have given me a better insight into what is Islam.

I've learned that Islam is a faith that's all too often misunderstood. The media, seemingly eager to spread doom and gloom, is very capable of painting a distorted picture. This is certainly the case when they accentuate the actions of a few. If you truly wish to gain an understanding of anything, including a religion, talk to people who know, who, in this case, live a life according to that religion... get to know them and listen with an open mind.

When I now think of Islam - as I admit that I didn't even have the slightest understanding of this faith in the past - the following values come to mind: integrity, courage, empathy and kindness towards all. Please allow me to explore a few examples:

Integrity

Most of us will have heard of cases where female Muslim students were banned from wearing a headscarf in school. Most of us will have heard of female Muslim students choosing to obey the Quran, and their faith, choosing to wear their headscarf instead of bowing down to bureaucracy. This takes integrity.

Courage

With the state of the world today, it takes courage to openly express any faith. There's such global paranoia, and it's saddening. Despite that, there are many Muslims dressing according to their religion and speaking out, in a respectful manner, about the words in the Quran. If more people were willing to listen, they'd find out that Islam is a peaceful religion, teaching kindness towards others and abhorring violence.

Empathy

I am not Muslim, but despite our different beliefs and ways of life, my Muslim friends have reached out to me, supported me, listened to me and offered me kind words of advice. This was never done in any way to try convert me to their faith. It was one human being reaching out to another human being in their hour of need. I am blessed with the friendships that were formed.

Kindness

My grandmother is wary of anything and everything she doesn't know about. When a family of Muslims moved next door to her, she thus wasn't too sure about it all. Since then, they've developed a wonderful friendship.

When my grandmother was recovering from her second stroke, her neighbours brought her and my uncle - who still lives at home but is not a very good cook - daily meals. When my uncle was away on holiday, they did not hesitate to offer to do the shopping. They didn't hesitate to help out an elderly Christian woman in need, no matter how sceptical she was at first about her new neighbours.

~~~

These small examples may differ from what is shown on the news. The media tend to be too eager to exaggerate and cannot always be relied upon. Even though most journalists will try to offer an unbiased and accurate account of what is going on in the world, some will sensationalise. And if we relied upon a completely straightforward news source, it will still only reveal a fragment of the truth. Because the common tendency is to only show the bigger events that happen in the world. And the vast majority of items shown are rather doomy and gloomy.

We get to see the violence in the world, the accidents, the wars, the corruption... we hardly ever are shown anything nice, the good things that happen. How often do we see on the news someone being kind to their neighbours? How often do we hear about an honest and humble politician or an incorruptible police officer? Not often. But there are many of those out there, people who sincerely care and help others. It's just not seen as news.

It's the same with peaceful, kind and law-abiding Muslims. The vast majority of Muslims are an asset to their communities, work hard and lead law-abiding lives. There's only a few who reach the news for not being very nice, and I think this has affected some people's views on Islam.
Is it fair, though, to base judgement of an entire religion on the actions of a few? Of course it isn't. We are all responsible and accountable for our own actions, and must all be judged as individuals. As I mentioned earlier - if you truly wish to gain an understanding of anything, including a religion, talk to people who know about the topic.

Don't be afraid to get to know people of a different faith. You may be pleasantly surprised, and find that if you have questions about their lives and religion, they will be happy to answer them. Who knows, you may just make a friend who will walk with you for a while...

Tuesday, September 16, 2008

Ramadhan Terakhir...



Sekadar meminjam kata-kata dari Saudara Sani Araby, Mantan YDP KHAR..

Jauh kita dibezakan dengan alam..
Dekat kita disatukan didalam doa..
Kasih kita bernafas dalam lipatan kenangan...

Buat rakan-rakan dan ahli keluarga yang telah kembali kerahmatullah..

Al-fatihah aku sedekahkan,

Moga roh ditempat di tempat dikalangan para muslimim dan muslimat yang bertakwa....

Salam Ramadhan....

Saturday, September 13, 2008

HATI DUKA SIAPA YANG TAHU-RAMADHAN MENCABAR KALBU

Segalanya adalah ujian dari DIA. Aku terima dan aku cuba terus bangkit dari semua itu. Ujian yang DIA berikan untuk aku di bulan Ramadhan kali ini tak pernah aku lalui sebegini. Namun aku bersyukur kepadaNYA, mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Aku tak perlu menangis lagi seperti dulu. Ya… pengalaman dulu benar-benar buat aku menjadi dewasa dan apabila kini terjadi lagi tanpa dipinta, aku dapat mengawal emosi ini.

Tetapi siapa tahu entah esok entah lusa… jika perlu airmata ini gugur sekali lagi… aku biarkan saja ia terus mengalir… jika itu dapat melepaskan segala kesedihan aku dalam mencari erti sebuah perhubungan. Begitulah lumrah hidup manusia, tak pernah lekang dari masalah. Kadang kala bukan kita mencari, ia datang dan muncul secara tidak sengaja dan akhirnya perpisahan terjadi lagi. Ya Allah, kau berikan aku kekuatan dan ampunkanlah segala dosa-dosaku.

Friday, September 12, 2008

.



AKHIRNYA TELAH 90% TESIS AKU SIAP...

LEGA SANGAT...

Thursday, September 4, 2008

POLEMIK PRAKTKUM


Isnin Minggu depan sudah mula untuk mendaftar penempatan Praktikum
Polemik dalam benak pemikiran untuk menentukan lokasi praktikum....
masih lagi dalam pemilihan..
Walaupun telah ditetapkan lokasi oleh penasihat akademik, namun kartasis jiwa memberontak untuk membuat pilihan kali kedua ( tukar sama suka)

Beberapa sekolah yang menjadi pilihan :

King George Secondary School, Seremban, N9. atau;

High School Port Dickson, N9. atau;

SMK Wangsa Maju, Kuala Lumpur. atau;

La Salle, Klang, Selangor. atau;

Methodist Girl School (Sentul), Kuala Lumpur. atau;

SMK Sungai Kertas, Gombak, Selangor.

p/s: ini baru praktikum, demand melampau tul...haha tapi aku tetap nak demand sebab ianya berlaku dlm masa 4 bulan.,.

Wednesday, September 3, 2008

PRAKTIKUM?


HARI INI SEMUA ORANG (MAHASISIWA)
BERGEGAS MENUJU KE UNIT LATIHAN MENGAJAR,

SIBUK UNTUK MELIHAT PENEMPATAN PRAKTIKUM MASING-MASING.

SEPERTI YANG DIJANGKAKAN, SEKOLAH YANG KUDAPAT CUKUP GAH NAMANYA...

OPS, TAPI BELUM MENGAJAR BELUM TAHU..

INILAH SEKOLAH YANG TELAH DIPILIH UNTUK AKU
(PROGRAM AKU DIPILIH OLEH PA)
OLEH PENYELIA PRAKTIKUM :




KING GEORGE V SECONDARY SCHOOL, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM

Sunday, August 31, 2008

Berbuka_ PAVILION



haha kepada semua jaganlak terliur..kang batal puasa..








Pixel Code Graphics



Pixel Code Graphics

Saturday, August 30, 2008

Kisah Pecah Rekod 2


Ada Apa Dengan Tempurung Kelapa?

Ok. Setiap kita punya cara tersendiri untuk mewarnai sambutan hari kemerdekaan negara bukan?! Pelbagai cara diguna supaya hasil kita tu tampak menarik dan istimewa. Begitu juga kisahnya dengan kolej kediaman saya. Kolej Harun Aminurrashid atau nama panggilannya KHAR sahaja. Saya sangat sayang kolej saya ini ya. (^.^)

Ada Sesuatu di Sebalik Tempurung ini =)

Dua tiga hari yang lepas, saya agak pelik bin ajaib tau, bukan apa, banyak betul longgokan tempurung kelapa di bawah blok tiga kolej kediaman saya ni. Pada mula-mula tu, banyak jugak saya dengar suara-suara kurang selesa, yelah, tempurung kelapa ni bila berlonggok ada baulah sikit kan. Serius. Memang pening sket bau die. Menyusuk hidung jugak la. Heheh. Tapi kan, even bau macem ke, mucuks ke, hasil dari tempurung ni memang buat mereka-mereka yang bersuara sumbangs tu, terdiam seribu bahasa. Lidah sah-sah la kelu tak terkata kan. Hah. Saya yang mula-mula tertanya-tanya, akhirnya menjadi amat kagum dan bangga ok!

Nak tau kenapa?

Meh ikut saya!

ok! Ini dia longgokan tempurung kelapa tadi

Kesungguhan AJK Pelaksana

Semua sangat-sangat komited bekerja tao..!

Meh Teropong sket!

and now..

** countdown Please =p **

................

..............

............

.........

...............................

.........................

..................

.............

.......

..

Tadaaaaaaaaaa!

fuh fuh fuh (tarik hembos napas!)

Inilah Hasilnya!

Sangat Cantik dan Marvelous bukan? Hohoho

Ada sesape yang tak setuju ngan saya? =p

Close up sket

Close Up tang ni plak

&

Tahniah Buat Semua AJK Pelaksana!

Saya sangat bangga dengan usaha kalian semua ok!

** Sedang menghitung hampirnya detik Ramadan Al-Mubarak
Bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keampunan =) **

Entri ini diambil dari blog sahabat saya yang cantik, cute dan tomey orangnya - Nadia Yuna

Friday, August 29, 2008

Malaysian Book Of Record – Attempting Biggest Jalur Gemilang Made of Coconut Shells - KHAR , UPSI

AJK PROTOL JAHHHH......





Program anjuran Jawatan Kuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid, UPSI ini dijalankan selama dua minggu dengan menggunakan lebih 45,000 tempurung kelapa. usaha yang giat dilakukan setiap hari demi menyiapkan bentuk bendera Malaysia bagi memecahkan rekod sebelum ini yang hanya menggunakan sebanyak 16,800 tempurung. Tahniah dan syabas!

Thursday, August 28, 2008

Tuesday, August 26, 2008

DSAI menang pada Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh


DSAI menang pada Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan menguasai hampir semua peti undi..apa yang menariknya Telok Wang: KeADILan menang 28 undi (KeADILan tidak pernah menang di sini sejak 1999!)

Tahniah, waima liwat dan segala-galanya ianya dihamburkan ketepi...


Tinggalkan seketika kemenangan ini,
saya menyeru (wah macam menteri pulak)

Jom kita melayari sambutan bahtera Merdeka yang hanya tinggal 5 hari sahaja lagi..................

Monday, August 25, 2008

Kemerdekaan Sepi Dek Polemik Politik Mutahir



Pertamanya frasa tajuk diatas samada betul ataupun tidak, itu tak pasti. Diri ini bukanlah guru bahasa namun sedaya upaya mencuba gramatis kata dalam berbahasa ( gitulah kesungguhannnya!)

Berbalik kepada tajuk entri diatas, hari ini (26 Ogos 2008) tinggal beberapa hari lagi Malaysia akan menyambut sambutan kemerdekaan yang ke-51.

Sekadar mengajukan beberapa persoalan :

- Perasankah semua? dada akhbar sibuk memutarkan isu politik (pilihanraya, isu sumpah, altantuya dan sekufu peristiwanya) berbanding cerita persediaan sambutan kemerdekaan, mencipta rekod membuat bendera terbesar, dan beberapa program berunsur merdeka?
- Menonton televisyen saluran perdana mahupun swasta seawal 10 - 15 minit diperuntukkan dengan isu pilihanraya dan polemik politik yang tidak tahu kesahihannya. Kalau dahulu sudah tentu buletin utama dimulakan dengan berita semangat patriotik dan diakhirnya sudah tentu disiarkan video berkaitan kemerdekaan..Ingtkah kita tahun lalu sebuah stesyen tv swasta pernah menyediakan satu slot berkaitan tokoh kemerdekaan negara setiap hari menjelang kemerdekaan negara..Kini?
- Memalui jalan-jalan persekutuan mahupun lebuh raya jarang-jarang sekali melihat kenderaan-kenderaan memasang jalur gemilang. Yang banyak dijalanan hanyalah kereta nasional (mungkin dengan memakai kereta nasional sudah memadai ? )
- Iklan-iklan kemerdekaan yang semakin lesu dan sepi berbanding tahun-tahun sebelum ini.
- Pasaraya-pasaraya besar kurang menyahut seruan patriotisme dengan gagal mengindahkan suasana kemerdekaan.

Motif kepada persoalan-persoalan diatas, saya cuba menarik perhatian semua,

- andai kita berbeza agama
- andai kita berbeza bangsa
- andai kita berbeza fahaman politik
- andai kita berbeza segala-galanya

kita tetap rakyat Malaysia. dan andai..

- Situasi negara tertumpu pada sesuatu isu yang besar (pelbagai polemik mutahir negara)
- Perbalahan kaum dan sentimen politik

Kita juga Warganegara Malaysia.

Bukanlah diminta dengan memasang bendera di kereta baru dikatakan patriotik, kerana patriotik itu subjektif pendefenisiannnya...

Namun cukuplah andainya... kita memperingatinya didalam jiwa..

Justeru itu 31 Ogos nanti,
Marilah kita ketepikan kesemuanya, demi kemerdekaan tanah air tercinta. Kalau bukan kita siapa lagi?

- mari kita sedekahkan surah Al-fatihah dan bacaan yasin buat pejuang tanah air yang terkorban mahupun masih hidup di bumi bertuah ini.
- mari kita menunaikan solat hajat agar Allah mengekalkan kemakmuran keatas negara
- mari kita bersatu tenaga mewujud keharmonian dan kemakmuran buat tanah air tercinta.

mari dan mari..

Merdeka!

Sunday, August 17, 2008

Renungkan Wahai Insan...


Menjelajah dari satu blog ke satu blog, saya tertarik dengan cerita didalamnya, saya tidak pasti kesahihannya kerana tidak diberikan sumber autoritatif didalam penulisan beliau, saya sekadar mahu mengejak sekelian blogger's menilai kisah-kisah ini.


Ummi Hafilda Ali------> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?

Azizan Abu Bakar------> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan dihukum enam bulan penjara.

Khalid Jafri meninggal kene diabetes....tak sempat merasa duit hasil jualan buku fitnah dier....dah tu kene saman juta2 dan dah di isytiharkan MUFLIS

Aziz Shamsuddin------> ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia. Apabila mereka mengambil jenazahnya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.

Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar.Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar.Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera.Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

Anda masih ingat Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

RENUNGKANLAH........

DSAI juga pernah bersumpah dalam kes 1998 di Masjid Negara bahawa tidak melakukan liwat, setelah 10 tahun berlalu tiada apa2 berlaku pada beliau...... Sesungguhnya doa yg teraniaya akan di makbulkan Allah...

Tunggu dan Lihat

Catatan Pena Tsunami Hati - http://crashsguy.blogspot.com/

RM 300,000 Untuk Datuk Chong Wei

Tahniah Chong Wei walaupun tewas dengan jaguh dunia Lin Dan dalam Perlawanan Akhir Individu Bandminton Olimpik Beijing 2008. Lin Dan bersemangat sungguh lantaran beraksi ditempat sendiri dan disorak oleh ribuan peminatnya...

CIKGU....manifestasi kehidupan semua insan


Akhir-akhir ini negara selalu dikejutkan dengan masalah-masalah yang menimpa para pendidik samada diperingkat peluang pekerjaan mahupun kredibiliti cikgu di alaf mencabar ini. Sehebat mana pun tamparan yang diterima, cikgu-cikgu di seluruh negara tetap tabah dan bersemangat untuk mendidik serta meneraju para generasi muda yang ternyata bakal menduduki tampok perubah dan peneraju negara di masa hadapan. Sebenarnya, survival seorang cikgu itu adalah tinggi serta mencabar. Cuba kita lihat di mana-mana, di kampung mahupun desa malah di corok-corok pelusuk negara jika dilawati ternyata pasti dalam sebuah perkampungan yang begitu daif sekalipun akan ada seorang cikgu biarpun sekadar cikgu agama yang memberi tunjuk ajar dan mendidik. Fenomena ini lebih tepat jika digambarkan “di mana ada manusia, disitu ada cikgu”. Justeru para bakal pendidik serta cikgu perlulah tabah dan berbangga dengan tugasan serta tanggungjawab yang begitu murshid ini. Biarpun seringkali didengari cikgu menyatakan bahawa kerjaya mereka kini dibebani dengan pelbagai benda namun perkara ini seharusnya diambil sebagai cabaran bukannya bebanan. Gelaran al-mualim atau cikgu itu bukan senang-senang boleh diberikan kepada mana-mana manusia kerana ia adalah gelaran seumur hidup. Pendek kata selagi nafas ini masih bernyawa disitu tersematnya tanggungjawab mendidik serta memacu pemikiran anak-anak negara agar menjadi masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Berbicara tentang cikgu verstail atau serba boleh, hakikatnya cikgu harini sebenarnya mampu melakukan segalanya. Bidang pendidikan pada hari ini mencangkupi bidang sains dan teknologi dimana para pendidik diajar dan didedahkan dengan pengetahuan mendalam tentang sesuatu bidang untuk dirinya menyampaikan dan mempraktikkan. Kefahaman yang dimiliki ini jauh lebih mendalam dan holistik oleh kerana seorang pemberi pengetahuan (knowledge provider) haruslah lebih tahu daripada penerima ilmu itu (receiver). Disini, survival pendidik ataupun cikgu janganlah dijadikan perkara stereotaip lagi dengan memfokuskan pekerjaan cikgu hanya tertumpu di dalam bilik darjah sahaja. Biarpun kepimpinan terbesar dalam karier seorang guru bermula di dalam bilik darjah namun cikgu mampu pergi jauh lebih luas bahkan mampu ke tahap antarabangsa. Sejarah telahpun banyak membuktikan bahawa tokoh-tokoh yang masyhur dan hebat kebanyakkan asalnya dari seorang pendidik dan ‘al-mualim’. Jika diteliti jumlah sekolah di seluruh Malaysia mencapai angka 10 000 ribu di mana sebanyak 8 000 ribu merupakan sekolah rendah dan selebihnya adalah sekolah menengah. Bagi semua jumlah di atas, negara mempunyai kekuatan 300 000 ribu para pendidik meliputi pelbagai jawatan dalam bidang pendidikan. Bahkan negara sedang melatih dan membentuk ribuan bakal-bakal pendidik yang dibentuk dan dilatih di institusi pendidikan seperti UPSI dan IPG. Angka-angka ini sebenarnya sesuai dengan penekanan yang diberikan oleh pihak kerajaan menerusi belanjawan dan implementasi ke arah mengangkat taraf pendidikan negara selari dengan taraf antarabangsa. Pendidikan adalah kunci segala kemajuan dan perubahan. Aspek fundalmental yang harus difahami, para pendokong harapan ini yang dibarisi oleh barisan pendidik haruslah dilihat dan berperanan sebagai insan yang serba-boleh atau verstail dalam konteks memberikan sehabis mungkin tenaga dan idea bagi meneraju segala usaha untuk kearah menaikkan taraf dan kehebatan pendidikan di Malaysia. Cikgu bukanlah karier yang terakhir atau yang mudah tetapi cikgu sebenarnya adalah “Generations` Mental Architect” . Kita sudah lama dengar adanya insan yang digelar policy maker dan kini kita kena paham cikgu juga punyai agenda perubahan yang penting yang perlu diberi ruang serta dibantu oleh semua pihak kerana cikgu adalah arkitek minda generasi negara.
Di edit dari : AHMAD SANI B ARABY (MANTAN YDP KHAR)

"Di mana ada manusia, di situ akan adanya cikgu

Saturday, August 9, 2008

Menjelang Ramadhan..




Salam sejahtera,


Baru sahaja pulang dari rumah sempena kenduri menjelang Ramadhan..
dan kenduri arwah bonda. Program rutin menjelang ramadhan kali ini dijalankan secara sederhana namun meriah..



Namun aku hanya sempat dirumah selama 6 jam kerana terpaksa bergegas semula kekampus kerana pada pagi isnin ada peperiksaan pertengahan semster..Tak baca apapun lagi..


Mujurlah pulang kerumah bersama dzulhelmi yang sudi drive keta malam2. Tq juga untuk ijat dan azmi ( dua2 bekas roomate) yang sudi ikut balik kerumah untuk menghadiri kendurini..

Tilawah Al-Quran Peringkat IPT





Sebagai tuan rumah tetap bagi pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat IPT, program ini sudah tentukan tidak akan aku lupakan, kerana pada tahun ini adalah kali ketiga ianya dianjurkan. Pada tahun ini, pertandingan tilawah al-quran dianjurkan secara sederhana memandangkan pemotongan bajet yang mutahir ini semua maklum akan situasinya. Berikut adalah keputusan bagi pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat IPT Kali Ke-3 :

Qari
Johan : Politeknik Kota Bharu
Naib Johan : UTeM
Ketiga : UPSI

Qariah
Johan : UTP
Naib Johan : UPM
Ketiga : UPSI

Tahniah !

Bersama memartabatkan Qalam Allah....