Monday, March 31, 2008

kHILAF...KUUU

I’m really sorry. I’ve never felt really
bad like this. This guilt is killing me
and I don’t know where do I turn to. I’m
at my weakest and I just can’t take it
anymore. Please heal my feelings, I’m
hurt and broken because of all the
wrongs I’ve done. I’m just a human being
and I keep on making mistakes, and yet I
just can’t get over it. I’m worn out and
still I try to withstand. Please give me
strength to keep holding on. I won’t
stop and I won’t back down, but I have
the limit of my patience. As the going
gets tough, I just can’t help myself
from being helpless and I can’t stop
from blaming myself. I apologize for
all mistakes I’ve made, for all the
lacks I’ve shown and for all of my
weaknesses that caused so much trouble.
I’m learning and trying to make myself
better. Forgive me if somehow it makes
you feel uneasy, dear friends. Please
accept me the way I am. Thank you for
reminding me to stand on the ground when
I lost my stance and thank you for
putting me back on track when I’ve gone
so far from the right path. There’s so
much that I can regret of and yet there
are so many things that I should be
grateful for. If this is what has been
fated for me, then let me stand on my
feet and get moving. Don’t let me dwell
on my mistakes, just let me progress
myself. I won’t become greater, but at
least I can say that I finally get to
gather myself and move on to become
better. Insya Allah

Sunday, March 23, 2008

Akhirnya KHAR bawa pulang semula piala Debat Naib Canselor..l

Huh...
Sungguh penat rasany badan ini kerana dua hari all out dengan pertandingan debat Naib Canselor Kali Ke-5..Keputusan dah tahu..KHAR menjadi juara dan tempat kedua KUO...walau ape2 pun tahniah semua...tunggu post berikutnya aku akn maklumkan..dengan lebih lanjut.;.

Tuesday, March 18, 2008

KABINET BARU..AYAH DAFI EX-MB..MACAM2..

Perdana Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Seri Nazri Aziz
Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Zaid Ibrahim (Senator)
Datuk Amirsham Abd Aziz (Senator)

Kementerian Kewangan
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Menteri Kewangan II
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Datuk Ahmad Husni Hanadzlah (T)
Datuk Kong Cho Ha (T)

Kementerian Pertahanan
Datuk Seri Najib Razak
Datuk Wira Abu Seman Yusop (T)

Kementerian Dalam Negeri
Datuk Seri Syed Hamid Albar
Datuk Chor Chee Heong (T)
Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh (T)


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Liew Vui Keong (T)
Datuk Jacob Dungau Sagan (T)


Kementerian Pelajaran
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Datuk Wee Ka Siong (T)
Datuk Razali Ismail (T)


Kementerian Luar
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (T)

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Datuk Peter Chin Fah Kui
Senator A. Kohilan (T)

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Datuk Mohd Shafie Apdal
Datuk Teng Boon Soon (T)

Kementerian Pengajian Tinggi
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Dr Hou Kok Chung (T)
Datuk Idris Harun (T)


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Dr Mustapa Mohamed
Datin Paduka Rohani Abdul Karim (T)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Seri Maximus Ongkili
Fadilah Yusof (T)

Kementerian Pelancongan
Datuk Seri Azalina Othman Said
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abu Taib (T)

Kementerian Wilayah Persekutuan
Datuk Seri Zulhasnan Rafique
Datuk M. Saravanan (T)

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas
Datuk Abu Ghapur Salleh (T)

Kementerian Pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Anifah Aman (T)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Dr Ng Yen Yen
Noriah Kasnon (T)

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk Noh Omar
Datuk Saiffuddin Abdullah (T)

Kementerian Kerja Raya
Datuk Ir Mohd Zin Mohamed
Datuk Yong Khoon Seng (T)

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Joseph Salang Gandum (T)

Kementerian Kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (T)

Kementerian Penerangan
Datuk Ahmad Shaberry Cheek
Datuk Tan Lian Hoe (T)

Kementerian Sumber Manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Noraini Ahmad (T)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Shahrir Samad
Jelaing Mersat (T)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Tan Sri Joseph Kurup (T)
Joseph Entulu Belaun (T)


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Ong Ka Chuan
Datuk Robert Lau (T)
Datuk Hamzah Zainuddin (T)


Kementerian Belia dan Sukan
Datuk Ismail Sabri Yaacob
Wee Jack Seng (T)


Barisan kabinet yang baru sahaja diumumkan oleh PM ini menyaksikan lebih separuh muka-muka baru dilantik dan jawatan Setiausaha Parlimen dihapuskan. Jumlah anggota pentadbiran kerajaan kini hanya seramai 68 orang terdiri daripada Menteri dan Timbalan Menteri berbanding sebelumnya seramai 90 orang termasuk Setiausaha Parlimen.

Diantara calon yang menang tetapi digugurkan dari senarai kabinet termasuklah Datuk Seri Rafidah Aziz, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Azmi Khalid selain daripada mereka yang kalah atau tidak dicalonkan semula di dalam pilihanraya yang baru lalu.

Saturday, March 15, 2008

DEBARAN PIALA NC SEMAKIN TIBA


HUH..memang tak dinafikan kesebokan sepanjang minggu dengan asignmentnya, program2 penyayangnya dan juga tak lupa selaku protokol dan cenderamata Debat NC memang cukup memenatkan dan MEMENINGKAN kepala aku...

Inilah dia erti kesungguhan, walau banyak halangan, terlalu rigit serta karenah birokrasi yang aku rasakan terrrrrrrrrlalu banyak kat dunia nih ( mcm : urusan nak pinjam meminjam, urusan meminta tanda tangan, urusan pengeluaran duit kelab) tapi sesuatu yang kita lakukan itu perlulah dilakukan bersungguh-sungguh...penat..memanglah penat..sapa cakap tak penat...

Tapi sebagai mahasiswa yang bitara kononnya (istilah student UPSI Bitara is terbaik dikalangan yang terbaik, persoalannya yang melaksana, pelaksana dan dinilai itue..bitarake..nak jadi diri terbaikpun tak sampai lagi inikan lagi mahu terbaik kalangan yang terbaik)...fahamkan frasa akunie???...

So berbalik pada debaran NC nih...memang satu penantian yang sering dinantikan...harap-harap majlis berjalan dengan lancar..Jumlah pasukan setakat ini (diberitahu oleh ustazah rock : matun ) ialah sebanyak 12 team sahaja...hope lepasni ada penambahan..lagi banyak lagi bagus...situasi ini seterusnya melahirkan hampir 50 pendebat muda dari UPSI..dan hampir 30 orang dikalangan muka-muka baru dalam dunia debat di UPSi..harap sangat dari 50 muka ini akan mewarnai pelbagi jenis debat IPT nanti..mungkin bakal merangkul sesuatu piala kelak...insyaAllah...mana tahu.. tuhan itue maka kuasa.

JUMPA DI PERTANDINGAN DEBAT PIALA NAIAB CANSELOR KELIMA NANTI..22 DAN 23 MAC 2008

AKU BAKAL GURU...

PAGI 16 Mei 2005, saya dikejutkan
dengan beberapa orang anak murid yang
meluru ke arah saya. Wajah mereka
berseri-seri lalu masing-masing
menghulurkan bungkusan berwarna-warni.

"Cikgu... Selamat Hari Guru!" kata
mereka bertepuk tangan sambil berlari-
lari anak mengelilingi saya.

Memang saya terkejut kerana sebelum
itu tidak pernah saya khabarkan pada
anak-anak murid tentang tarikh
sambutan Hari Guru, apalagi
mengingatkan mereka.. Bagi saya mereka
terlalu muda dan belum dapat menilai
erti sambutan Hari Guru. Rupa-rupanya
saya silap. Tanpa saya menyangka pagi
itu meja saya di-penuhi pelbagai jenis
hadiah. Ada yang membawa jambangan
bunga, jam, bingkai gambar,
kerongsang, tudung dan macam-macam
lagi. Hari itu saya rasakan terlalu
indah. Saya rasa disanjungi, lalu pipi
anak-anak murid saya kucup tanda
menghargai pemberian dan ingatan
mereka.

"Terima kasih... bagitau ibu, cikgu
ucapkan terima kasih, ya," pesan saya
pada Anna lalu satu kucupan singgah di
pipi gebunya.

Di sisi Anna, saya lihat Mariam
tersengih-sengih.

"Cikgu... Mariam pun nak bagi hadiah.
Tapi takbawa hari ni, lupa. Boleh
cikgu, ya? " kata anak kecil itu
bersungguh.

"Tak payahlah Mariam. Tak bagi pun tak
apa. Cikgu bukan minta hadiah,
cukuplah Mariam ucap Selamat Hari Guru
buat cikgu. Itu pun sudah buat cikgu
gembira," saya cuba memujuknya kerana
tidak mahu menyusahkan Mariam dan anak-
anak murid yang lain.

Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit
latar belakang keluarga mereka. Kerana
itu saya tidak mahu ada di antara anak-
anak murid saya yang bersusah payah
menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi
Mariam. Dia bukan anak orang senang,
ibu bapa Mariam membesarkannya hanya
dengan meraut lidi, mencari daun getah
kering lalu menjualkannya. Sebab itu
saya tidak mahu Mariam rasa bersalah
bila melihat teman-teman yang lain
memberikan hadiah sedangkan dia tidak
membawa apa-apa. Bagi saya, lebih
baiklah duit yang ada itu digunakan
oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum
keluarga, atau belikan baju baru untuk
Mariam buat menggantikan baju yang
kusam dan masam dek peluh.

Saya gembira mendidik murid seperti
Mariam. Biarpun ibu Mariam sudah lama
meninggal dunia namun anak kecil itu
masih bertuah kerana ibu tirinya
menyayangi Mariam tidak ubah seperti
anak kandung sendiri. Buktinya setiap
pagi saya lihat anak kecil itu datang
ke tabika sambil dipimpin ibunya,
berjalan kaki sejauh dua kilometer
setiap hari. Kalau ada yang
bersimpati, di tengah perjalanan ada
keluarga murid-murid lain akan
menumpangkan Mariam. Kalau tidak
Mariam akan terus berjalan kaki dalam
panas gerimis, pergi dan balik.
Begitulah setiap hari.

Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi
dengan pelbagai jenis hadiah. Kali ini
datang daripada anak-anak murid yang
tidak sempat memberikannya semalam.
Saya hanya mampu menggeleng-gelengka n
kepala bila mana sambutan Hari Guru
tahun ini benar-benar meriah.

Seperti biasa, pagi itu saya berdiri
di hadapan pintu menyambut seorang
demi seorang ibu bapa datang
menghantar anak masing-masing. Di muka
pintu sekolah, saya dengar seorang
bapa berpesan; "Hadiah tu bagi kat
cikgu, tau." Tatkala itu saya benar-
benar tersentuh kerana saya langsung
tidak menyangka cukup dihargai oleh
anak-anak murid yang masih kecil
usianya.

Dari halaman, saya lihat Mariam
berpimpinan tangan dengan ibunya. Saya
sambut kedua-dua mereka dengan
senyuman. Sama seperti pagi-pagi
sebelumnya, Mariam tiba di tabika
dengan keadaan tubuh yang bermandikan
peluh. Bajunya basah namun kanak-kanak
itu tetap ceria, tersenyum seperti
biasa.

"Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk
cikgu!" laungnya sambil ketawa.

"Kan cikgu dah pesan, Mariam tak payah
bagi cikgu hadiah," kata saya lalu
mengusap rambut Mariam yang bertitisan
peluh, dengan rasa kasih yang mendalam.

"Tak apa... hadiah ni best cikgu!"
kata Mariam bersungguh-sungguh.

Meriam meletakkan begnya di atas meja.
Pantas jari-jemari comelnya membuka
zip beg sekolahnya yang sudah pudar
warna akibat dimamah cahaya matahari.

"Sekejapya, cikgu," kata Meriam yang
masih tercungap-cungap kepenatan.

Saya lihat Meriam mengeluarkan sesuatu
dari dalam beg. Dia tersenyum sebaik
menghulurkan segumpal surat khabar
yang berkecai dalam genggamannya.

"Alaaaa... koyak pulak cikgu," rungut
Meriam penuh kekesalan. Matanya
membulat memandang saya yang masih
setia menantinya. Beberapa anak-anak
murid yang lain turut berdiri tidak
sabar lihat apa yang Meriam keluarkan.

"Apa yang Meriam bawa tu? " saya tanya
penuh hairan melihat sesuatu yang
bulat dibungkus dengan surat khabar
lama.

Saya dekati anak kecil itu lalu
menyelak beg yang dibawanya. Di saat
itu hati tiba-tiba menjadi sebak
sebaik melihat lima biji buah bacang
bertindihan dengan buku-buku
tabikanya. Dada saya ini mula terasa
berat, ada air yang mula bertakung di
kelopaknya.

"Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam
tak ada plastik sebab tu mak bungkus
dengan kertas. Tapi koyak pulak,"
katanya lincah sambil sebiji demi
sebiji buah bacang dikeluarkannya dari
dalam beg sekolah. Gelak tawa kawan-
kawannya mula kedengaran namun Meriam
masih tersenyum lalu matanya merenung
saya dengan pandangan yang cukup sayu.

"Cikgu... cikgu tak suka buah bacang
ke? " tanya anak kecil itu bila
melihat saya merenung wajahnya dan
lima biji buah bacang yang bergulingan
di atas meja.

Saya cuba tahan air mata supaya tidak
mengalir. Terlalu sebak rasanya.

"Taakkkkk... Cikgu... cikgu suka
sangat. Balik nanti cikgu buat sambal
belacan, ya," kata saya, perlahan.
Suara saya bagai tersekat di
kerongkong.

Dapat saya lihat anak kecil itu
mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya
yang masih bermandi kan peluh. Tidak
dapat saya gambarkan bagaimana anak
kecil itu membawa lima biji buah
bacang sambil berjalan kaki sejauh dua
kilometer.

Saya kucup pipinya beberapa kali lalu
tidak henti-henti ucapan terima kasih
saya bisikkan ke telinga Mariam.

"Bagitau mak... cikgu suka buah
bacang. Terima kasih, ya," ucap saya
lagi.

Anak kecil itu mengangguk.

"Tengok Meriam pun bagi hadiah kat
cikgu juga," katanya kepada kawan-
kawan sambil tersenyum riang.

"Eleh.... buah bacang bukan hadiah.
Orang bagi hadiah kena bungkus lawa-
lawa, bukan dengan kertas koyak," kata
seorang anak murid yang masih tidak
mengerti nilai sebuah hadiah yang
sebenar-benarnya.

"Tak apa... semua hadiah cikgu suka.
Balut lawa atau tidak, semuanya sama.
Cikgu sayang semua anak-anak murid
cikgu," saya ucapkan kata-kata itu
agar hati dan perasaan anak sekecil
Mariam tidak terguris.

Dapat saya lihat Mariam sekali lagi
ketawa lalu bertepuk suka. Beberapa
titis air mata yang sejak tadi saya
tahan, akhirnya tumpah dipipi. Cepat-
cepat saya mengesatnya bimbang anak-
anak kecil yang suci dan bersih itu
perasan kerana mereka belum dapat
menyelami perasaan seorang insan yang
bergelar guru.

Buah bacang pemberian Mariam itu saya
bawa pulang dengan perasaan bangga
bercampur hiba. Walaupun ia hanya lima
biji bacang, tapi hadiah itu amat
istimewa. Wajah Mariam, bajunya yang
dibasahi peluh dan senyumannya yang
ikhlas bermain-main di ruang mata saya.

Tengah hari itu sambal belacan buah
bacang menjadi santapan kami
sekeluarga dan semasa menelannya,
beberapa titik air mata ini tumpah
lagi kepipi.

Terima kasih, Mariam. Lima biji bacang
itu merupakan hadiah paling bermakna
buat cikgu dan cikgu tidak akan
lupakan sampai bila-bila.


CERITA INI MENJADI SATU PANDUAN UNTUK AKU YANG BAKAL MENJADI SEORANG GURU KELAK...TUGAS IKHLAS YANG DI PEGANG PERLULAH KEKAL SEHINGGA KEAKHIR HAYAT..INSYAALLAH..SAMA2 DOAKAN AKU...

Tuesday, March 4, 2008

Dulu-dulu. BACA TAK BACA RUGI

budak2 yg lahir pd thn 80'an mesti
ingat
mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku
cerita. ari ni bg list, esok mintak
duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.
salesman susu pon camtu gak.

- kat library, budak2 mmg baca buku tp
just tengok gamba je. bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

- main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam. padahal itu fungsi sbnr, utk
padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm
air tu.

- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.

- bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume
boleh
tp bile time kaler sume hampeh. ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la...

- main game 2D. super contra, super
mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb
bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- takut BCG tp lepas inject poyo la
pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang.
Tora pon best gak. Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan
die
kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2
x
smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent. huhu~

pas r kt member2 korang....
mesti diorg tersengeh2 bace mende
nih...
hehehee..

Sunday, March 2, 2008

Debaran PIALA NAIB CANSELOR KALI KE-5


Kolej manakah pula yang akan merampas piala Naib Canselor ini dalam edisi kelima Pertandingan Debat Piala Naib Canselor UPSI kali Ke-5.

DI MERCU..

Mimpi dan Harapan
Bagaikan Duri yang Mencengkam
Tak pernah terluahkan
Hanya di hati tersimpan
Terpendam...
Keterbatasan Diriku
Menjadi penghalang

Chorus
Sampai Bila AKu bertanya
Samapi Bila
Ku harus mencoba
Bila LAgi Resah Hatiku
Bila LAgi
Aku harus berani lalu ku bangkit
Tegak bediri
Mengatur Langkahku
Terus mendaki
Cita-citaku Di mercu...

Mimpi dan Harapan
Cecita yang tinggi
Menjulang..
Suara yang ku biar
Cecita di hati tersimpan
Terpendam..
Keterbatasan kau Ajar
Menjadi Penghalang..

Chorus...

Aku mencari Kekuatan
Dalam Kelemahan..(wajah)
Aku temui kejayaan
Dalam (..??)

Chorus..

Lalu ku bangkit Tegak berdiri
Mengatur Langkahku Terus Mendaki
Cita-citaku di Mercu

Lirik : Habsah Hassan
Lagu : Aubrey Suwiti
Nyanyian : Nor Ayu Damit @ AYU OIAM

Bulan MAC yang terlalu sibuk

Emm mula dalam mingguni ( bulan MAC) mulalah aktiviti ku yang sangat sibuk dengan pelbagi program kat universitinih...walaupun akau hanya memegang sekelumit jawatan dikampus namun bebanannya terlalu banyak..

8 Mac
Sudah tentulah aku akan bergegas pulang ke rumah bagi memilih tampok kepimpinan temapatku iaitu di Rawang, Selangor. Nasib baik tidak jauh kerana selepas selesai aku mengundi aku terus bergegas semula ke UPSI untuk program seterusnya.



9 Mac
Setelah aku bergegas pulang kerumah selepas mengundi hari ahad nih aku ada program merakyatkan seni...aku terlibat dalam beberapa aktiviti..Program ni anjuran MPP kawan baikku juga YB Nur Izwan..walau tiada sebarang undangan tapi aku tetap sertai beberapa aktiviti.

14 Mac
Walaupun harini hari jumaat namun program tetap diteruskan. Pada hari ini anak2 buahku (Caring Club) anjurkan Coretan Perpaduan sempena Perkampungan Malaysia MPP.. aku tak terlibat tapi bestnya jadi VIP juz untuk sampaikan hadiah mengiringi TNC HEPA..harap program success..

15 Mac
Pada hari ni akau ada dua program; pertama program Jalinan 3 anak yatim dan yang kedua Penyayang UPSI - UTEM...mana kau nak pergini? aku x decide lagi...sebab dua2 penting..teringatkan adik2 angkat kat rumah2 anak2 yatim dan rakan2 dari UTEM yang datang berkunjung...emmm pening-pening

16 Mac
Tak sempat berehat lagi 16 hb ni ada taurnmnt Bowling pulak untuk Kelab Penyayang UPSI..penat tak penatlah..ni program pertama aku jadi pengarah semsterni setelah semuanya aku bagi pada anak2 buah aku....kononnya santailah beb...

22 & 23 Mac
Dua hari ini sudah tentu memenatkan dan memeningkan kepala.Apataknya pada tarikhni berlangsungnya Debat Piala VC UPSI kali ke-5..aku terpaksa all out dengan jadi judge, teknikal dan Protokol...siapalah agaknya akan menangye? harap KHAR akan membawa semula piala nih..

29 Mac
Pada malamni akan diadakan MALAM GEMILANG DEBAT'08 @ MGD yang menjadi dambaan segala aktiviti Orator UPSI..nantikan siapa yang akan membawa trofi Perdana?...tunggu. aku ditugaskan sebagai pengarah program.. sesuatu yang membebankan.,.

30 Mac
Penyayang Ke Desa. AKtiviti insyaallah akan diadakan di Sungai Slim..

31 Mac

Pada hari ini tepat jam 12 maka tamatlah semua jawatan2 ku yang kusandang selama setahun.. antaranya:

Presiden Kelab Penyayang UPSI
MT Kelab Pengucapan Awam UPSI
Penasihat 2 Kelab Orator KHAR
Sahabat Mahasisiwa Universiti

selepas ini sudah tentulah akan tumpukan dalam dunia pembelajaran..Kepada yang baru teruskan komitmen dan kejayaan kalian...

Friday, February 29, 2008

Tahniah AYu...OIAM 2



Tak taulah..aku taklah minat sangat dengan industri hiburannih..but untuk OIAM ni aku obses sangatnak tengok sebab ada AYU..dulu masa OIAM1 aku memang pernah tengok ayu dan harap sangat dapat masuk..last dia tercicir then x dpt masuk...tapi bila tahunni dia msuk aku pun tengok lah every week...(mcm tengok drama TV dah tengok sekali dua berkali2lah tengok akhirnya)...

Pencapaian ayu memang aku banggakan..sebab bagi aku ayu menyanyi dengan ikhlas,jujur dan tidak hipokrit..Dahulu masa season1 dia penah bawa tunjuk rumah dia dekat Sabah tu..memang keluarganya agak sederhana...maka pada tahap ini usaha pengorbanan dan perjuangannnya sudah terbalas...tahniah ayu..

eMMM entahlah

Tadi semasa solat jumaat, aku duduklah dengan class mate aku. Tiba2 datang Idil Il Hafiz, dak PSR 3rd year..dia borak2 arr pasal study, election and cam2lah sebelum masuk waktu solattuh...beliau juga berbicara pasal kosnya (PSR) yang sudah tiada jabatan lagi , pengurusan yang susah DLLN...cerita punya cerita (walau aku malas nak layan) masuklah bab2 MPP UPSI nih...macam2 citelah..akupun iayakan aja...isu bus..walau aku tau situasi sebenar tapi aku malas cakap banyak sebab dalam masjidkan..(yang diani pulak peramahlah gila, x henti2 cakap)..well ada beberapa pandangan dia betul juga..

"kita risau kalau sem depan MPP kita kalah pasti Pro pembangkang akan kuasai kampus, masatuh susahlah nak posting..MPP sekarang x nampak wat ape2..budak2 ingat manifesto dorang suma, nanti kalahkang susahje..kita nak posting mcm mana?"

ADA rasionalnya juga..

TUP22 jeng22..Hanif ada kat belakang kitorang (MPP dan juga kawan kelas aku..)Kiranya sentap makhayamlah...Disini aku rasa macam bersalah sangat..coz walau aku x timbulkan isu2 MPP nih tapi aku tetap berborak ngan idil pasal MPP ni..

Sekarangni aku takut dak2 MPP pandang serongkat aku plak..well siapalah akukan kan UPSI tapi sedikit sebanyak menjejaskan hubungan rakan2 MPP yang majoriti semua kawan2.

EMMM entahlah... benda nak terjadi...

MMMMMMMMMMEMBOSANKAN

Ntahla sejak akhir-akhirni aku rasa kuliah terlalu membosankan. Lect aja tak faham, kuliah yang membosankan. Tapi sebagai seorang mahasisiwa aku perlu sudahkan tempoh pengajianku yang semakin sampai pada klimaksnya. Bermula sekolah tadika sampai sekarang aku masih mengahadap buku dan buku. Aku rasa sudah tiba masanya aku berbakti pula pada keluarga..Dah tiba masanya aku memikirkan fasa kehidupan yang seterusnya membina keluarga dan menjadi entiti baru kelompok masyarakat..dan bukan berstatus pelajar lagi. Kata orang belajar tiada hentinya..ya aku setuju.. tetapi belajar secara ikhtisasnya cukuplah bagitu, namun pembelajaran secara tersembunyi akan kuteruskan..manataknya..bakal cikgukan..mana mungkin aku akan sepi tanpa pelajaran..InsyaAllah 2010= aku bergerlag CIKGU HAIRUL FAIEZI.. .

Saya Cintakan Awak



Hari tu kita gaduh.
Saya main-main.
Awak ingat betul-betul
Tak tau nk buat mcmana lg
Lantak awk lah

Semlm kita berselisih..
Saya buat x tau j
Awak pandang saya
saya terus berjalan

Saya nmpk awak
Saya nk panggil
Tapi awak x toleh
Sebab saya panggil awak dalam hati
Bodohnya saya..

Awak tegur saya
Saya buat x tau j
Tapi awak xtahu happynya saya

Saya dengar awak cerita
Awak kata dah jatuh cinta
Sedihnyer saya

Awak keluar tgk wayang
Saya pun
Awak keluar dengan dia
Saya tengok aje

Awak call saya
Mengacau betul.tgh tido lah
Saya layankan aje
Awak ckp awak dah putus
Saya senyum sampai ke telinga
Tapi awak tak nampak

Saya cakap..
Kesiannya awak..
Hipokritnya saya

Hari ni hari jadi saya
Tapi awak luper
Saya sedih.
Tapi takpe.awak bukannya sesiapa
Awak mintak maaf
Saya senyum aje
Saya kata tak kisah

Awak belanja tgk national treasure
Ish.. tak romantik nyer
Tapi best per

Saya dapat bunga
Cantik.suker sgt
Tapi tak tahu sape pengirimnya
Awak nampak
Awak terus balik

Saya panggil awak
Tapi awak tak toleh
Saya Cuma nak bgtahu
Awak.!!!!!LORI¬!!!!!!!!!

Saya kejar awak
Awak terus jalan
Saya tolak awak.
Awak jatuh.

Saya nampak lori
Betul-betul depan saya
Kalau ia sempat
Saya nak bagitahu.
Awak..
SAYA CINTAKAN AWK

Rindu yang tak boleh DITIPU



Harini 28 Feb bersamaan kempen Penamaan Calon General Election yang masih berlangsung dan juga Pertandingan Futsal Amal Kelab Penyayang aku...huhu memang sibuk macam2 program. Cuma setelah hampir lebih 2 bulan semester baru dibuka aku rasa sungguh RINDU sangat untuk menjadi pengacara..tidak pernah sehebat begini rasa dalam diri aku..kerana selalunya awal-awal semster dah penuh undangan menjadi MC nih...

Bila tengok kawan-kawan menjadi MC rasa rendah diri sangat..aku bukan pengacara yang bagus dikampus tetapi aku cukup berminat dengan tugasan ini..well korang tahu aku suka bercakap...mungkin inilah titik-titik permulaan zamanku berakhir- seorang MC idola yang telah pencen...

Pasrah dengan apa yang berlaku, kini aku akan lebih santai dengan tidak menyertai beberapa program universiti.Sudah tiba masanya zaman sebagi mahasiswa biasa menyerap dalam diri aku.

Tapi weiii.... aku betul-betul rindu menjadi pengacara..lepasni ada undanganje aku ambil..
020105_0929_1
Kepada adik2 yang telah menjadi eMCee kini, teruskan bakat yang adatuh..jgn sia2 kan bakat kalin semua...

Thursday, February 21, 2008

TAHNIAH farhan...UIA


Petangni alhamdulillah aku akan bertolak untuk menyaksikan Pidato Antarabangsa..tahun lepas berkesempatan juga menyaksikan pidato nih..masih ingat lagi kata-kata ORGA dari Rusia yang menyatakan beliau suka memakan budu (sah2la propa untuk menang)..huhu so malamnih aku akan lihat pula bakat-bakat baru seluruh dunia.. Tahniah untuh Farhan @ Kajol UIA kerana dapat melangkah kepentas perdana BERTARAF ANTARABANGSA..fuhhhhhhh..satu impian bagi semua orator di Malaysia..Mana tahu piala vogue itu akan menjadi milik beliau malam ini..kita sama-sama nantikan...

p/s : cayalah kajol..
Salah seorang peserta dari JEPUN.

Tuesday, February 12, 2008

Debat Naib Canselor Interkolej Kali Ke-5 UPSI..

Huhu pening2 pagi bukan jadi alasan aku nak taip storynih..malam tadi baru selesai aku meeting debat naib canselor interkolej.. Perancangan masih diperingkat awal..aku dilantik menjadi sekretariat Protokol dan sambutan..huhu kerja memeningkan telah sampai...memang risau coz khalayak yang hadir sudah tentu Bonda tercinta Prof Dato Aminah (VC UPSI)..emm pening aku.. dibuatnya...

Berbalik kepada debat ni, dulu masa aku 1st year, huhu ntah apa2 ntah aku debatkan..masatuh aku wakil Kolej Harun Aminurrashid. Fazuan team KHAR1 aku KHAR3.. nak jadikan cite, team aku ngan fazuan layak kesuku..sayangnya team kami dua-dua tewas..aku tewas dengan team ustazah MATUN..dan Fazuan tewas dengan team KUO...mantap sangat Matun masatuh...Final menemukan KZ 1 dan KZ2 (team matun lah ni bersama Ihya juga)..walau team Matun tewas margin kecil tetapi memang dia havoc sangat..apataknya best speaker lagi...aku?? emm masatuh bodohlah sangat debat-debat nih..





Thursday, February 7, 2008

Akhirnya...

Sudah lama tak menulis..aku sebenarnyapun bukan suka nak menulis..
Ni pun tengah free sambil2 sibuk nak translate bahasa ni. Hush sem nih asingmnt banyak nye arrr..paling tention coz dlm bi. Aku dala bodoh sangt tang BI nih..hantamje arr..But particularly proud this semester because own lecturer from outside the country (foreign). Indeed enjoy learn in his class. Profesor Dr Stefen's thanks on guidance supply Communication subject and Consumer... ha tengoklah BI aku tunggang kelabut...apa nak buat bodoh BI..

Berbalik kepada topik akhirnya.... Vog5_3
Akhirnya aku dapat juga tempat ketiga dalam debat dunia IPT ni.. walaupun taklah berprestij tapi kira ok lah...dari U ALLL semua??? ha jawab.. huhu..
Yang sedihnya kalah separuh akhir dengan UIAM margin 0.43..huhu tu yang frust the menonggeng tuh...nasib penentuan tempat ketiga dan keempat menang dengan UKM..kalau tak sedey balik tangan kosong..keempat...mesti UKM sedey gila2..(ariya and abg bob kesian u all punya junior..tapi prestasi jnr u all bagus sgt..patutnya penganjur bagi juga tempat ke-4) Rezeki jah takde.. well dapat no3 maka ku angkut RM900...++-- dapatla RM200 sorang..Oklah..satu manifestasi baru.. Tahniah INRA,NAdia dan IYA..tak lupa team UPSI A..walu u all masih baru tapi okes lah..kan...GITU???>.Untuk rekod aku tidak pernah menyertai lebih dari dua debat..hanyalah ASTA dan ROYAl...tujelah yang termampu.. Sebabbbbbb aku bukanlah bagus sangat macam U all sumaVog1_1

Waiting Is Suffering..Gitu.

Emm... nilah penantian demi penantian dalam hidupku..bosan..aku bosan sangat..wawawawa...cepat ar..

Permulaan Baru...


Sebenarnya aku dah lama ada blog nih.. tapi aku malasa nak layan..,
Cutini akau stay kat kolej lepas habis Astar haritu cdgnya nak wat asgmentlah..alih-alih
aku lagi busy ngan internet...so atas kebertanggungjawaban rasanya macam nak usik2 sikit blog ni..so selamat berujumpa di alam maya kalian khalayak semua..(sesapejelah..).. Cuti ni aku juz sempat beberapa hari je kat umah..apetaknya asignment belambak-lambak..hih..nak jadi apalah sistem U nih..kata nak lahir bakal guru tapi agmnt lebih banyak dari amali sbg guru..bosan.,,bosan